Khamis, 24 Julai 2008

Isu-isu hangat dunia sukan kita dan antarabangsa

Olimpik 2008 sudah semakin hampir, isu-isu berkaitan olimpik juga nampaknya semakin hampir ke penghujung. Salah satunya, tentulah berkait dengan ganjaran RM1 juta untuk atlit kita yang menang emas pertama di temasya 4 setahun sekali itu. Apa pendapat anda?

5 ulasan:

EmBuN PaGi berkata...

Salam sukan dari emnbun pagi,

ganjaran 1 juta.....ok ape...penat lelah atlit untuk dapatkan emas berbaloi la kan. lagi satu dengan RM 1 juta ni secara tidak langsung menjadi pendorong kepada atlit untuk perform the best masa olimpik nanti..maklumla...1 juta tu...

hehehe...embun pagi.

aiShaH berkata...

Jangkamasa pendek ok.. tapi katakan di masa hadapan dgn kecanggihan sains sukan kita dapat melahirkan lebih ramai juara Olmpik.. adakah cukup duit kerajaan untuk menampung kos pemberian hadiah nie.. Ini tidak termasuk pencen RM5K sebulan.. Fikirkanla.. pendapat u pula camner

sayalerr berkata...

Ada dua isu di sini, pro dan kontra. Untuk menggalakkan budaya bersukan dan bekerjaya sukan, amatlah patut ganjaran satu juta tu diumumkan oleh kerajaan. Kita sedang bercita-cita dan menuju ke arah negara maju. Salah satu komponen yang dapat dilihat dikalangan negara maju hari ini ialah, kemajuan negara seiring dengan kemajuan sukan. Majoriti negara yang mengungguli pentas sukan dunia terdiri daripada negara maju seperti Russia, Amerika, China, France, Jepun, Australia dan beberapa buah negara Eropah.Mereka ke hadapan dalam hampir semua sukan-sukan utama termasuklah renang, olahraga, bolasepak dan menembak. Sukan-sukan inilah yang menyumbang majoriti pingat dalam temasya Olimpik. Pun begitu, ada juga negara-negara membangun dan miskin berjaya menguasai sukan-sukan tertentu tetapi setakat itu sahaja. Kita ambil contoh Kenya, mereka hanya gah dalam acara olahraga jarak jauh, namun dalam acara lain mereka hanya menghidu asap dan debu. Berbalik kepada negara-negara maju, teknologi maju mereka juga dipraktikkan dalam bidang sukan. Bukan setakat maju dalam ekonomi, teknologi dan ketenteraan, tetapi mereka menggunakan teknologi maju mereka ini untuk memajukan pula sukan di negara mereka. Dan mereka pun sudah lama mempraktikkan sains sukan dikalangan atlit-atlit mereka.Sebagai contoh, Amerika menggunakan teknologi angkasa lepas dan bekerjasama dengan NASA untuk menghasilkan pakaian sukan yang aerodinamik supaya pelari-pelari mereka berlumba dengan halangan angin yang semaksima mungkin.Jadi, langkah kerajaan mengumumkan ganjaran satu juta bersama pencen 5 ribu mencerminkan kesungguhan sebuah negara untuk maju dalam semua bidang. Kita belum lagi menjadikan sukan sebagai satu kerjaya profesional, jadi memupuk rakyat yang berjumlah 26 juta untuk mengalih pilihan daripada peguam, pensyarah, guru, doktor dan PTD ke arah satu kerja sukan bukan satu kerja yang senang. Diharap ganjaran ini membuka satu lembaran baru alam dunia sukan kita.

Mohamad Nizam Ismail berkata...

Asssalamualaikum..untuk pengetahuan, "sayalerr" tu adalah nama samaran saya. hehe..mekasih.

Amar berkata...

Untuk memberi ganjaran kepada atlit emas mamang satu cadangan yang amat baik....kerana unutk melahir dan menjadikan seorang atlit yang berjaya dan bertaraf dua bukan usaha yang mudah...ibarat mendaki gunug yang tinggi ia memerlukan perancangan yang baik, kewangan yang mencukupi, pengorbanan masa bersama keluarga, anak atau isteri dan semua ini tidak ternilai harganya dan perlu dibayar....
Mengenai peruntukan yang banyak unutk ganjaran kepada atlit-atlis yang memenangi pingat emas pula itu adalah soal yang kedua kerana ia akan diberi setelah atlit membuktikan kemampuan dan kehebatan mereka....memang bukan mudah unutk bersaing denga atlit-atlit antarabngsa yang lain.....