Selasa, 12 Ogos 2008

Kekalahan Trio Memanah Negara di Beijing 2008

Assalamualaikum....

Bertemu lagi ....Terkejut, kecewa , geram, marah pun ada. Harapan tinggal harapan. Itulah apa yang berlaku kepada trio memanah kita di Olimpik Beijing 2008. Bukannya apa, kekalahan pada peringkat suku akhir kepada pasukan Itali semacam tidak boleh diterima, rasa-rasanya peminat sukan tanah air pun berpendapat begitu. Selepas melakukan kejutan pada peringkat awal dengan menduduki ranking yang ke-3, harapan pingat telah tergambar pada fikiran saya. Pada harapan saya, mungkin trio ini boleh membawa setidak-tidaknya Perak atau Gangsa. Bagaimanapun, begitulah ahli sukan kita. Betullah seperti tertulis di Berita Harian 12 Ogos, selepas diletakkan harapan yang begitu tinggi, tiba-tiba kelemahan mental memainkan peranan utama. Trio kita lebih memilih untuk tunduk kepada tekanan mental dalam diri sendiri daripada memilih untuk beradu kekuatan fizikal dan mental dengan pihak lawan. Begitu atlit Malaysia....

Khamis, 24 Julai 2008

Isu-isu hangat dunia sukan kita dan antarabangsa

Olimpik 2008 sudah semakin hampir, isu-isu berkaitan olimpik juga nampaknya semakin hampir ke penghujung. Salah satunya, tentulah berkait dengan ganjaran RM1 juta untuk atlit kita yang menang emas pertama di temasya 4 setahun sekali itu. Apa pendapat anda?